Pendidikan Jasmani

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Lompat Tinggi

The High Jump

Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa peraturan dalam acara lompat tinggi.

Peraturan asas Lompat Tinggi adalah seperti acara-acara padang lain, Lompat Tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.

Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut ;-

  • Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
  • Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.
  • Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.
  • Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.
  • Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.

Lompat Tinggi – Gaya

Dalam Lompat Tinggi terdapat beberapa gaya dalam lompatan tinggi bagi lompat dengan tepat.  Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

Gaya Timur

  • Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat akan menggunakan tujuh hingga sembilan langkah dalam lompat tinggi. Pelompat  yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
  • Semasa lonjakan pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Seterusnya  dalam layangan, pelompat mestilah kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang dan juga bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas. Dengan itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

Gaya Guling Barat

  • Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

Gaya Gunting

  • Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Gaya Fosbury Flop

  • Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan   membelakangkan palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.
  • Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi    di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Dalam Gaya Fosbury Flop ini penujuan  larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5 – 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung dan  pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
  • Manakala, lonjakan dalam Gaya Fosbury Flop adalah pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan kaki di hadapan badan. Selain itu, badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang dan kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan dan juga tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.  Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan semasa lompat.
  • Layangan Semasa di udara, pelompat menolak kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.